30 September 2009

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2010

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 Oleh Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Selasa, 8 September 2009, bersamaan 18 Ramadan 1430H Setelah mendapat persetujuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.
Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah sebanyak 210 hari manakala jumlah cuti penggal adalah 78 hari. Jumlah hari persekolahan sebanyak 210 hari itu memberi ruang kepada semua sekolah untuk menikmati 4 hari Cuti Peristiwa dengan sepenuhnya. Keseimbangan minggu persekolahan dan cuti bagi Penggal 1 dan Penggal 2 adalah seperti berikut:
PERSEKOLAHAN DAN CUTI PENGGAL 1 PENGGAL 2 Hari Persekolahan 10 minggu 11 minggu Cuti Sekolah 9 hari 9 hari Hari Persekolahan 11 minggu 10 minggu Cuti Sekolah 16 hari 44 hari Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia 8 September 2009.



PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010
KUMPULAN B:
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210
Jumlah Hari Cuti Penggal : 78

0 comments:

Post a Comment