PEMANDANGAN GATE SK TEMONG

Biru merupakan wajah baru pintu masuk utama SK Temong

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

18 December 2010

PENGISIAN SKOR SKPM TAWARAN BARU/NEW DEALS

Salam Sejahtera. Hanya untuk perkongsian rakan-rakan. Grin

Pengisian skor rumusan SKPM (untuk TAWARAN BARU) oleh sekolah rendah seluruh negara akan bermula dari 15-21 Disember 2010. Sila gunakan userid PGBkodsekolah

http://www.moe.gov.my/nkra/index.php

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2010 PEMANSUHAN PTK

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2010
PEMANSUHAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN TUJUAN


1. Tujuan pekeliling ini adalah untuk menjelaskan mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).




LATAR BELAKANG



2. PTK telah diperkenalkan dalam Sistem Saraan Malaysia mulai 1 November 2002 bertujuan menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi. PTK telah dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.


3. Dalam Pembentangan Bajet 2011, Kerajaan telah memutuskan supaya PTK dimansuh dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pegawai awam menjelang Jun 2011.

PELAKSANAAN


4. Selaras dengan keputusan ini, pelaksanaan PTK hendaklah dihentikan pada 1 Januari 2011. Ketetapan ini dibuat setelah mengambil kira pegawai yang menduduki PTK pada tahun 2010 dan sebelumnya untuk dipertimbangkan Anjakan Gaji pada tahun 2011 setelah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.


5. Sehubungan dengan itu, sehingga penilaian baru diperkenalkan, PTK tidak lagi menjadi syarat kenaikan pangkat mulai 1 Januari 2011.


6. Sekiranya masih terdapat keputusan PTK yang belum selesai selepas tarikh berkuatkuasanya pekeliling ini, Lembaga Penilaian Kompetensi yang berkenaan diberi kuasa untuk mempertimbang dan mengesahkan keputusan PTK berkaitan. Urusan berkenaan hendaklah diselesaikan sebelum 1 Jun 2011.


PINDAAN


7. Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersama dengan perenggan 52 dan 53, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 mengenai syarat anjakan gaji dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 mengenai pelaksanaan integrasi modul Kenegaraan dalam kursus induksi.



PEMBATALAN

8. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, perenggan 4 hingga 9 mengenai dasar PTK dan perenggan 65 mengenai syarat lulus PTK bagi tujuan kenaikan pangkat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002; elemen PTK yang diperuntukkan sebagai syarat kenaikan pangkat dalam semua skim perkhidmatan; Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2003 mengenai pelaksanaan Kursus Kenegaraan di bawah PTK, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 kecuali perenggan 55, 56(f), 57, 58(e), 59 dan 60(e)
mengenai keanggotaan dan bidang kuasa LPK untuk mempertimbang dan mengesahkan keputusan PTK serta Surat Edaran JPA.BK(S)241/82/1 Jld.3 bertarikh29 Mac 2010 mengenai pelaksanaan kaedah Pusat Penilaian Khas, adalah dibatalkan.



TARIKH KUAT KUASA

9. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.




PEMAKAIAN

10. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.




“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”








(DATO’ SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA


30 November 2010

KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2010

KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

LATAR BELAKANG

2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 telah menetapkan bahawa kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah selama 60 hari yang dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin. Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009 pula membolehkan pegawai memilih tarikh Cuti Bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. Pegawai hendaklah mengemukakan perakuan bersalin dan permohonan cuti kepada Ketua Jabatan bagi tujuan diluluskan kemudahan Cuti Bersalin.


3. Kemudahan cuti bersalin telah diperuntukkan kepada pegawai warganegara yang dilantik secara kontrak berdasarkan Perenggan 54.5 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (contract of service) dan turut dipanjangkan kepada pegawai bukan warganegara melalui Surat Pekeliling Bilangan 16 Tahun 2009 – Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai Kontrak Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (contract of service).


4. Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) pula merupakan cuti yang diberi kepada pegawai wanita untuk menjaga dan menyusukan bayinya sepertimana diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007. Kadar kelayakan adalah sebanyak 1,825 hari (5 tahun) bagi sepanjang tempoh perkhidmatan. Namun Cuti Menjaga Anak boleh diberikan sebagai pilihan untuk menggantikan Cuti Bersalin Tanpa Gaji bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.




PELAKSANAAN Tafsiran
5. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-


‘Cuti Bersalin’ adalah cuti yang diberikan kepada pegawai wanita untuk bersedia dan pulih daripada bersalin;

‘Cuti Bersalin Bergaji Penuh’ adalah cuti bersalin yang dibayar emolumen penuh mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan;

‘Cuti Bersalin Separuh Gaji’ adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru selama 14 hari dalam penggal sekolah;


‘Cuti Bersalin Tanpa Gaji’ adalah cuti bersalin yang tidak dibayar sebarang emolumen kepada pegawai yang telah menggunakan kelayakan Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan Cuti Bersalin Separuh Gaji;


‘Guru’ adalah merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma wanita lantikan tetap yang menjalankan tugas perguruan tidak termasuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas di pejabat dan menjalankan tugas-tugas pentadbiran; dan
‘pegawai’ adalah merujuk kepada pegawai wanita Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service).


Kelayakan



6. Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:


6.1 seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;



6.2 pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan

6.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa
dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.

7. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin
di antara 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti berikut:


7.1 Bagi pegawai kecuali guru:



a. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan


b. mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan



c. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau


d. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling PerkhidmatanBilangan
15 Tahun 2007.



7.2 Bagi guru:



a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:



i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki;


ii) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari;

dan



iii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.2 (a)(i) dan (ii)
di atas; atau

iv) menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.



b. Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:



i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan


ii) bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam

Cuti Bergaji Penuh.



8. Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin
di antara tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan seperti berikut:


8.1 Bagi pegawai kecuali guru:



a. mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari tarikh bersalin; dan


b. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 8.1 (a) di atas; atau


c. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh
Cuti Bersalin.

8.2 Bagi guru:



a. Semasa penggal sekolah, guru boleh:



i) mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari;

dan



ii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 8.2 (a)(i) di atas; atau


iii) menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.


b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.


9. Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.


10. Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan 6, 7 dan 8 di atas. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.4
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang
berkuat kuasa terputus.

11. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.


12. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.


13. Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.


14. Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau pelantikan secara kontrak hendaklah diambilkira bagi maksud kelayakan kemudahan
di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.



15. Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah seperti berikut:



15.1 pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/ klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran A Pekeliling Perkhidmatan ini;


15.2 Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda

tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan;



15.3 Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh
Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Rekod Perkhidmatan pegawai;

15.4 bagi pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin

di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan sebelum ini hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini seperti contoh di Lampiran B; dan


15.5 Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15 Oktober 2010 adalah masih tertakluk kepada tempoh Cuti Bersalin selama 60 hari dan pelaksanaannya sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
2 Tahun 1998.





PEMBATALAN



16. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan

5 Tahun 2009, perenggan 54.5 (i), (ii) dan (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan

2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 adalah dibatalkan.




TARIKH KUAT KUASA



17. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010.

PEMAKAIAN


18. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.





“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”








( DATO’ SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia



JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
PUTRAJAYA

02 DISEMBER 2010

PTK digantikan dengan mengambil kira tugas hakiki

'Keunikan' tugas hakiki diambil kira ganti PTK
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
2010/12/08
JPA akan beri penekanan pencapaian tugas individu

PUTRAJAYA: Satu sistem penilaian yang mengambil kira 'keunikan' setiap jabatan kerajaan akan diguna pakai bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditamatkan mulai 1 Januari ini. Ketika PTK ditolak sesetengah kakitangan awam, sistem penilaian baru itu yang sedang dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan turut memberi penekanan kepada pencapaian individu dalam tugas hakikinya. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata pada ketika ini, PTK ‘mengukur’ kecekapan pegawai secara sama rata tanpa banyak mengambil kira jurusan hakiki masing-masing.

“Tiap-tiap jabatan ada keunikan masing-masing jadi ia tidak boleh dinilai secara sama rata, misalnya jika kakitangan berada dalam bahagian pentadbiran tidak boleh sama dengan bahagian teknikal," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau berkata, sepatutnya PTK juga menekankan keunikan setiap jabatan itu
tetapi oleh kerana ia sudah menjadi budaya dalam perkhidmatan awam ia nampak seolah-olah diseragamkan.
Katanya, JPA diberi masa sehingga Jun depan untuk mengemukakan sistem penilaian baru itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Bajet 2011 lalu.

Beliau berkata, nama kepada sistem penilaian baru itu juga belum ditentukan.

Bagaimanapun, katanya, proses kenaikan pangkat kakitangan awam antara Januari hingga Jun depan akan diteruskan dengan keutamaan masih diberikan kepada mereka yang lulus PTK yang diduduki sebelum ini.

Menjawab soalan, katanya, sistem penilaian baru itu kelak juga akan mirip kepada kriteria Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu tetapi enggan menjelaskan terperinci.

Walaupun sesetengah kriteria akan berfokus kepada bidang hakiki kakitangan berkaitan, beberapa subjek seperti kenegaraan akan diteruskan dalam penilaian baru itu kelak kerana ia penting untuk seseorang kakitangan kerajaan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2010 yang disiarkan di laman web JPA sebelum ini menyatakan pelaksanaan PTK akan dihentikan berkuat kuasa 1 Januari ini selaras dengan pengumuman kerajaan dalam pembentangan Bajet 2011 pada Oktober lalu.

Justeru, lulus PTK bukan lagi syarat untuk kenaikan pangkat mulai 1 Januari ini.

PTK diperkenalkan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) bermula 1 November 2002 bertujuan menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi.

PTK dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.

Bagaimanapun, peperiksaan itu menimbulkan pelbagai kontroversi kerana dikatakan ramai kakitangan terutama yang berpengalaman sukar menikmati kenaikan pangkat.